facebook log 32hp

 
Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

Articles

PROGRAM KEMBARA ILMU KOMUNITI SARAWAK KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA

Ayer Keroh, 22 September 2016 – Program Kembara Ilmu Komuniti Sarawak Ke Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah diadakan di beberapa tempat lawatan iaitu Projek Tanaman Karas, Jasin, Melaka dan Projek Ternakan Kelulut, Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Lawatan ini  merupakan kembara ilmu  bagi memberi  pendedahan  dan membuka  minda komuniti mengenai pelbagai projek-projek pembangunan komuniti yang telah berjaya dilaksanakan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Negeri Melaka merupakan negeri yang ketiga  lawatan diadakan selepas negeri Perak dan Selangor. Lawatan ini juga adalah salah satu program perhutanan sosial kerjasama diantara Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Seramai tiga puluh (30) peserta, sepuluh (10) Pegawai Pengiring dari Jabatan Hutan Sarawak dan sepuluh (10) orang urusetia dari Jabatan Perhutanan Negeri Melaka  telah terlibat di dalam program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari tersebut. Program tersebut dimulakan dengan taklimat oleh En. Zulkifli Bin Mukni, Penolong Pegawai Siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Program diteruskan dengan lawatan ke ladang karas di Jasin, Melaka dan diakhiri dengan lawatan ke Projek Ternakan Kelulut, Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Secara kesimpulannya, program ini dapat memberi idea bagi Jabatan Hutan Sarawak dalam merangka pelan perancangan melalui peruntukan RMK-11 bagi menjalan dan melaksanakan projek-projek yang berasaskan komuniti ke atas pembangunan dan pengurusan sumber hutan.

5 6 

7 8

9 10

Laman Utama