facebook log 32hp

 
Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

Articles

Program Penanaman Pokok Kayuhan Eco-Ride Bersempena Jelajah Forum dan Ekspo Mampan Melaka Tahun 2017

Serkam, 6 Mei 2017- Program Penanaman Pokok Kayuhan Eco-Ride Bersempena Jelajah Forum dan Ekspo Mampan Melaka Tahun 2017 telah diadakan di Taman Rimbunan Kaseh. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka (PRISMA) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Program ini dihadiri oleh Datuk ZAidi bin Attan, Timbalan Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam, En. Azni Rahman Bin A. Wahid, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka, En. Amizi bin Talib, Pengerusi Persatuan Prihatin Sosial Ekonomi Rakyat Melaka (PRISMA), En. Mohd Suhaimi bin Yusof , Ketua Jelajah Kelab Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) dan peserta kayuhan Eco-Ride. Tujuan program diadakan ialah bagi meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat termasuk aktiviti penanaman pokok. Program ini melibatkan tanaman pokok seperti Meranti Sarang Punai (Shorea parvifolia), Meranti kepong (Shorea ovalis) dan Bitangor bukit (Calophyllum symingtonianum).Taklimat penanaman pokok telah diberikan oleh En. Azni Rahman Bin A. Wahid, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka.

21 22 

23 24

Laman Utama