facebook log 32hp

 
Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI PERHUTANAN (MYSTERY SHOPPING/ INTEGRITY TESTING) DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA

Ayer Keroh, 18 Oktober  2016 – Program Pemantapan Integriti Perhutanan (Mystery Shopping/ Integrity Testing) di Jabatan Perhutanan Negeri Melaka  telah diadakan di D’Village Resort Melaka dengan kerjasama Unit Integriti Perhutanan (UIP), Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia. Program ini merupakan program pengukuhan  bagi memantapkan integriti di kalangan kakitangan peringkat daerah dan lapangan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penguatkuasaan. Seramai tiga puluh (30) peserta unit beruniform dari 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin dan Pejabat Perhutanan Negeri serta urusetia program telah terlibat di dalam program yang berlangsung dari jam 8.30  pagi hingga 5.00 petang pada hari tersebut. Program tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil Pengarah Perhutanan Negeri Melaka, En. Zulkifli Bin Mukni dan ucapan aluan Ketua Unit Integriti Perhutanan, IPJPSM. En. Hairuzam B. Mohmad Amin@Hamim. Program diteruskan dengan ceramah integriti  dan sesi soal jawab. Sesi petang diteruskan dengan lawatan ke kawasan lesen pengusahasilan pasir (LK-M—01-04-2008) di Kompartmen 4A, Hutan Bukit Senggeh, Daerah Jasin, Melaka. Lawatan dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh Penolong Pemelihara Daerah Jasin Melaka  dan seterusnya diakhiri dengan lawatan ke lapangan oleh pihak UIP bersama-sama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

11 12 

13 14

Laman Utama GALERI / KERATAN AKHBAR Uncategorised PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI PERHUTANAN (MYSTERY SHOPPING/ INTEGRITY TESTING) DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA