twitter-icon-alt-twitter-icon-15 facebook log 32

us

Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN

 

RINGKASAN EKSEKUTIF

RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016-2025

 

Pendahuluan

Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) ini disediakan adalah sebagai panduan asas ke arah membangun dan menguruskan sumber hutan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Melaka bagi tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2016 hingga 2025. Program RPH ini mengambil kira pelbagai aspek pemeliharaan alam sekitar, kepelbagaian biologi, eko-pelancongan serta biologi dan kualiti air dan kepentingan sosio-ekonomi negeri dalam sektor perhutanan.

 

Matlamat dan objektif

Matlamat dan objektif Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Melaka direkabentuk secara komprehensif bagi tempoh 10 tahun (2016-2025) berdasarkan pencapaian RPH terdahulu (2001-2010). Penyediaan laporan ini juga akan menerangkan secara terperinci mengenai perancangan program, projek dan aktiviti pengurusan hutan yang akan digunakan sebagai panduan asas oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPNM) di dalam pengurusan dan pentadbiran sumber hutan negeri. RPH (2016-2025) menggariskan objektif mengikut keutamaan berikut:

  1. Untuk mengurus sumber hutan negeri secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  2. Untuk terus membangunkan teknologi dalam kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah serta penggunaannya secara berkekalan.
  3. Untuk membangunkan perhutanan masyarakat bagi memberi kemudahan dan faedah kepada masyarakat dengan konsep kepelbagaian sumber hutan bagi memastikan faedah yang maksimum diperolehi dari HSK.
  4. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hasil hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
  5. Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
  6. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar, manusia dam pemuliharaan melaui aktiviti pendidikan dan pengembangan.
  7. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang pekerjaan

 

Data Dan Maklumat Asas

Jumlah keluasan Negeri Melaka ialah 166,310.81 ha di mana 4.4% adalah kawasan berhutan. Keluasan HSK pada tahun 2015 adalah seluas 5,137.54 ha terdiri daripada lapan (8) buah HSK iaitu Hutan Simpan Tanjung Tuan, Hutan Simpan Linggi, Hutan Simpan Sungai Udang, Hutan Simpan Bukit Beruang, Hutan Simpan Bukit Sedanan, Hutan Simpan Bukit Senggeh, Hutan Simpan Batang Melaka, dan Hutan Simpan Merlimau. Daripada keluasan HSK, 5,001.62 ha (97.4%) merupakan Hutan Darat dan 135.92 ha (2.6%) adalah Hutan Paya Laut.

HSK memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar dan perlindungan kepada kepelbagaian hayat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai punca utama untuk pertanian, industri dan kegunaan domestik. Dari segi sosio-ekonomi, HSK menyumbang kepada bekalan bahan kayu mentah untuk industri berasas kayu, mewujudkan peluang pekerjaan, hasil kepada kerajaan negeri dan juga bagi memenuhi keperluan masyarakat umum seperti tempat rekreasi dan pelancongan.

 

Strategi Pelaksanaan RPH

Antara strategi utama dalam melaksanakan RPH pada kali ini adalah dengan memberi penumpuan kepada pembangunan konsep eko-pelancongan. Initipati bagi pendekatan konsep eko-pelancongan adalah selari dengan program Perhutanan Masyarakat yang kerap dilakukan oleh Jabatan Perhutanan dan selari dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Antara inisiatif dalam intipati NBOS 6, iaitu mewujudkan Pusat Transformasi Bandar dengan slogan “Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan” selari dengan matlamat JPNM untuk menjadikan HSK sebagai pusat pendidikan, pengembangan dan penyelidikan kerana setiap HSK di seluruh Negeri Melaka mempunyai keunikan tersendiri dari segi kekayaan biodiversiti.

Program Perhutanan Masyarakat memberi penekanan kepada konsep kepelbagaian sumber hutan bagi memastikan faedah yang maksimum diperolehi daripada kawasan HSK yang berhampiran atau yang sesuai digunakan oleh penduduk  setempat untuk keperluan sosial serta pembelajaran. Dalam tempoh RPH ini, tumpuan diberi kepada pembangunan kawasan rekreasi, pendidikan hutan, penghijauan kawasan bandar dan meningkatkan kepelbagaian spesies pokok hutan melalui merangsang galakan komuniti. Kejayaan bagi pelaksanaan NBOS, mampu untuk merangsang pertumbuhan yang pesat dan lestari di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni. Ini menjelaskan bahawa, konsep eko-pelancongan adalah permulaan kerana ianya dilihat mampu untuk mengembangkan kepada subset pelancongan kepada konsep yang lebih terperinci.

Pembangunan konsep Pelancongan Cabaran (Adventure Tourism) berdasarkan kekuatan sumber kawasan HSK adalah satu kelebihan kepada pihak JPNM untuk memperkenalkan konsep pelancongan tersebut. Kelebihan dari segi kemudahsampaian dan infratsruktur seperti jalan raya adalah peluang untuk penjanaan pendapatan kepada JPNM dan Kerajaan Negeri Melaka.

Penyediaan tenaga kerja dan pegawai yang mahir dan terlatih dalam bidang perhutanan dan eko-pelancongan di peringkat jabatan perlu dibangunkan bersama. Latihan yang komprehensif kepada staf JPNM bagi mengembangkan kemahiran dalam aspek perkhidmatan komuniti (interaksi sosial) amat disarankan untuk merpatkan masyarakat sekeliling dengan pihak JPNM. Ini bagi memastikan segala perancangan yang akan dibuat salurkan dengan pantas dan mudah. Ini amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu projek yang hendak dilaksanakan.

Pengawalan secara sistematik, berkala dan berkesan akan dilaksanakan sepanjang tempoh RPH ini ke atas semua aktivti yang dirancang. Pemantauan dan penilaian dilakukan dengan menggunakan pendekatan berasaskan kepada piawaian MC&I (2002) dan MS ISO 9001:2008 JPSM.

 

Rumusan

Kajian semula RPH ini akan dilakukan dalam tempoh 10 tahun selepas dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai prestasi dan kemajuan kerja dari segi kewangan dan fizikal serta mengenalpasti masalah yang timbul semasa pelaksanaan di lapangan. Penyediaan RPH ini adalah bagi memastikan JPNM akan dapat melaksanakan pengurusan yang lebih sistematik dan berkesan untuk kelestarian sumber hutan di Negeri Melaka. Kajian semula RPH ini juga perlu dijalankan dari semasa ke semasa dengan mengambilkira keperluan dan kehendak terkini terhadap kelestarian sumber hutan Negeri Melaka.

Kepentingan menyediakan RPH ini juga adalah sebagai asas rujukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan secara sistematik melalui pelaksanaan tindakan strategik dan aktivti mengikut tempoh masa yang akan dirangka. Secara tidak langsung, ianya dapat menjamin keberkekalan kepelbagaian biologi dan perkhidmatan hutan yang bermutu dan memounyai nilai tambah yang selari dengan keperluan dan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).

 

MAKLUMAT SUMBER HUTAN

Maklumat Sumber Hutan (Hektar) Sehingga 21 jun 2019

HutanPayaLaut

 

DAERAH

BIL

HUTAN SIMPANAN KEKAL

NO. WARTA

TARIKH WARTA

KELUASAN (HA)

 

ALOR GAJAH

1

TANJUNG TUAN

2066

23.12.1921

74.08

 

2

LINGGI

1481

20.05.1938

80.02

 

3

SUNGAI UDANG

452

24.09.1987

105.17

 

4

SUNGAI BARU ILLIR

571

28.06.2012

59.94

 

5

KEMUNING

571

28.06.2012

26

 

6

KUALA LINGGI

894

22.11.2012

102.7

 

7

LINGGI (TAMBAHAN)

209

26.01.2015

10.56

 

8

#TABOH NANING

584

27.10.2016

41.65

 

9

#SUNGEI BARU ULU

582

27.10.2016

20.3

 

JUMLAH

520.42

 

JASIN

1

BATANG MELAKA

1481

20.05.1938

1,271.23

 

2

BUKIT SEDANAN

2945

14.10.1938

1,705.03

 

3

BUKIT SENGGEH

2686

01.09.1939

1,612.48

 
 

4

MERLIMAU

1481

20.05.1938

8.84

 

5

PAYA LAUT MERLIMAU

778

23.08.2011

11.72

 

6

PAYA LAUT MERLIMAU (TAMBAHAN)

208

26.03.2015

12.51

 

7

PAYA LAUT MERLIMAU (TAMBAHAN)

208

26.03.2015

21.11

 

JUMLAH

4,642.92

 

MELAKA TENGAH

1

BUKIT BERUANG

347

15.06.2009

36.15

 

JUMLAH

36.15

 

JUMLAH KESELURUHAN

5,199.49

 

PENYATAAN KOMITMEN

JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA KOMITED UNTUK MELAKSANAKAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MC&I (HUTAN ASLI) TAHUN 2019

WAWASAN, MISI DAN DASAR

WAWASAN

Untuk menjadi agensi terunggul dalam pengurusan Hutan Tropika secara berkekalan.

MISI

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio - ekonomi negara.

DASAR KUALITI

  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2008 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka akan mengenalpasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambahbaik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.
  • Semua ketua unit akan memantau dan mengkaji pretasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
  • Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi.

 

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA

ADALAH MENJADI DASAR JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA DAN PEJABAT-PEJABAT RENJ UNTUK MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT DAN SIHAT UNTUK SEMUA WARGA KERJA JABATAN DAN ORANG LAIN YANG MUNGKIN TERJEJAS OLEH AKTIVITI-AKTIVITINYA

 

PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA KERJA JABATAN AKAN BERSAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF-OBJEKTIF DASAR INI MELAUI RUNDINGAN DAN KERJASAMA KHUSUSNYA :

  • UNTUK MEMASTIKAN SEMUA WARGA KERJA JABATAN ADALAH DIBERIKAN MAKLUMAT, ARAHAN,LATIHAN DAN PENYELIAAN BERKENAAN CARA UNTUK MENJALANKAN TUGAS MEREKA DENGAN SELAMAT DAN TANPA RISIKO KEPADA KESIHATAN;
  • UNTUK MEREKOD SEMUA KEMALANGAN, PENYAKIT, KERACUNAN DAN KEJADIAN BERBAHAYA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH AGAR KEJADIAN TERSEBUT TIDAK BERULANG LAGI;
  • UNTUK MEMATUHI KEHENDAK PERUNDANGAN BERKENAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEPERTI YANG DITETAPKAN DI DALAM AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994, PERATURAN DAN TATA AMALAN YANG DILULUSKAN;
  • UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS BAGI SEMUA PEKERJA;
  • JABATAN YAKIN BAHAWA KESELAMATAN DAN KESIHATAN MESTILAH DIINTEGRASIKAN KE DALAM AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN KITA, DAN PENGGUNAAN CARA KERJA YANG SELAMAT DAN SIHAT ADALAH FAKTOR UTAMA KE ARAH MEMASTIKAN KEJAYAAN KITA.
  • UNTUK MEMASTIKAN OBJEKTIF DI ATAS TERCAPAI, SATU JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ADALH DITUBUHAKAN UNTUK MENYELARASKAN AKTIVITI-AKTIVITI KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEPERTI YANG DIRANCANG.

 

DASAR KITAR SEMULA

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain. Amalan kitar semula seperti di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan negara kita. Para pemegang konsesi pembalakan adalah diminta untuk memenuhi dasar ini sebaik mungkin.

Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka bagi melihat sama ada para pemegang konsesi mematuhi dasar dan arahan Jabatan ini sebaik mungkin. Pemegang konsesi yang gagal untuk melaksanakan Dasar Kitar Semula akan disenarai hitamkan dari sebarang kawasan pembalakan pada masa hadapan.

Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Penanaman Pokok

Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Penanaman Pokok Bersama Multimedia University pada 4 Mei 2019 bertempat di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh

17 18

Laman Utama TENTANG KAMI DASAR & PERUNDANGAN Uncategorised