twitter-icon-alt-twitter-icon-15 facebook log 32

us

Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

Latar Belakang Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ditubuhkan pada tahun 1901. Jabatan ini adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 (Pindaan) 1993.

 

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka adalah di bawah Pengarah Perhutanan Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka. Jabatan Perhutanan Negeri Melaka terletak di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, Melaka di bawah pentadbiran seorang Pemelihara Hutan G48 dan 52 orang kakitangan sokongan. Selain pusat pentadbiran hutan di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, terdapat unit pentadbiran kecil yang dipanggil pejabat Renj iaitu Renj Melaka Tengah di Ayer Keroh, Renj Jasin di Jasin dan Renj Alor Gajah di Hutan Lipur Sungai Udang. Terdapat Balai Pemeriksa Hutan (BPH) iaitu BPH Sementara di Renj Jasin. Pejabat Pembangunan Hutan beroperasi di Bangunan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Secara amnya Jabatan Perhutanan Negeri Melaka bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengawalan pengusahasilan hutan, kutipan hasil hutan dan pembangunan sumber hutan negeri serta merancang dan menyelaraskan pembangunan industri berasas kayu.

Laman Utama TENTANG KAMI LATAR BELAKANG JPNM