facebook log 32hp

 
Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

Perutusan Pengarah

 Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
 

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana tanpa kita sedari masa begitu cepat berputar dan kini kita telah melangkah ke tahun baru 2017. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Melaka yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2016 dan besar harapan saya agar tahun 2017 akan membawa sinar kejayaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Semoga permulaan tahun baru ini disulami dengan tekad dan iltizam yang jitu untuk memantapkan organisasi.

 

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya laman web Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah berjaya dikemaskini dengan menyediakan maklumat – maklumat dan perkembangan semasa jabatan.

 

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah diberi mandat oleh kerajaan negeri untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber khazanah hutan ini selaras dengan wawasan jabatan untuk menjadi sebuah agensi yang terunggul dalam mengurus hutan tropical secara berkekalan.  Antara aspek yang diberi penekanan dalam pengurusan hutan semasa adalah pemeliharaan pelbagai biologi untuk kepentingan alam sekitar dan penggunaan hutan sebagai rekreasi.

 

Selaras dengan matlamat jabatan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, jabatan telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti kempen penanaman pokok dan pameran.

 

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan kepada semua pegawai dan kakitangan di atas usaha gigih dalam member perkhidmatan terbaik kepada jabatan di dalam mengurus dan mentadbir sumber hutan negeri secara mampan.

 

 

PERUTUSAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI MELAKA

EN.AZNI RAHMAN BIN A.WAHID

Laman Utama TENTANG KAMI Perutusan Pengarah