twitter-icon-alt-twitter-icon-15 facebook log 32

us

Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

Perutusan Pengarah

 

Bismillahir-Rahmannir-Rahim,

Selawat dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW.,

AssalamualaikumWarahmatullahi-wabarakatuh,

Salam Sejahtera.

 

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya kita masih diberikan ruang bagi melalui Tahun 2019. Dikesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Melaka yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2018 dan besar harapan saya agar tahun 2019 akan membawa sinar kejayaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

Semoga permulaan tahun baharu ini disulami dengan tekad dan iltizam yang jitu untuk memantapkan organisasi. Saya juga ingin mengingatkan diri saya dan semua warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Melaka supaya mengambil ruang dan peluang ini untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan berintegriti ke arah menjadikan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka sebagai sebuah agensi yang cemerlang dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber khazanah hutan ini selaras dengan wawasan jabatan untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

Selaras dengan moto Melaka Berwibawa: Pintar, Hijau, Bersih, Jabatan telah merangka pelbagai aktiviti kearah menghijaukan kawasan di Negeri Melaka melalui program penghijauan tanaman 5,000 pokok. Selain itu, bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar, Jabatan juga telah merangka pelbagai aktiviti dan kempen penanaman pokok, kempen kesedaran dan pameran.

Sempena tahun melawat Melaka Tahun 2019, Jabatan ini memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan mutu perkhidmatan yang baik terutama di kawasan Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Melaka. Kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pelancong dan juga orang awam untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah. Aktiviti ini berupaya memberi jaminan kepada peningkatan ekonomi melalui industri pelancongan sekali gus meningkatkan kesejahteraan rakyat secara terus.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga kerja jabatan diatas usaha gigih didalam memberi perkhidmatan terbaik kepada Jabatan dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan negeri secara mampan.

 

Selamat Tahun Baru 2019.

Wabillahi-taufik-walhidayah. Wassalamualaikum-Warahmatullahi-Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

 

ENCIK AZNI RAHMAN BIN A.WAHID

Pengarah Perhutanan Negeri Melaka.

 

Laman Utama TENTANG KAMI PERUTUSAN PENGARAH