facebook log 32hp

 
Tukar Tulisan Merah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Hijau   Tukar Latarbelakang Merah Jambu Tukar Latarbelakang Hijau Muda

STRATEGIK JABATAN

  1.        Strategi Pengurusan Sumber Hutan

Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan merumuskan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri untuk jangka masa panjang serta melaksanakan tugas pengurusan sumber hutan secara teratur.

Strategi Pembangunan Sumber Hutan

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan sivikultur ke arah mencapai produktiviti hutan yang maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha menghutan semula kawasan-kawasan hutan simpanan yang kurang produktif dan tanah-tanah kerajaan yang terbiar.

Strategi Pembangunan Industri Kayu-Kayan

Mengawal selia perjalananindustri-industri berasas kayu ke arah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasas kayu secara hiliran sebagai meningkatkan nilai tambahan kepada industri.

Strategi Pembangunan Rekreasi

Mengawal selia kawasan hutan secara intensif bagi kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian biologi di dalam hutan-hutan asli serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.

Strategi Pengembangan, Publisiti dan Seranta

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan, publisiti dan seranta kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peranan dan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubungan dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi program-program latihan, kursus dan seminar untuk member pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan mengikut peredaran masa.

Strategi Penguatkuasaan Undang-Undang

Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkesan dan intensif berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan) 1993, Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan Kaedah-kaedah Hutan Pulau Pinang Pindaan 1998 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahiran di dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.

Laman Utama TENTANG KAMI STRATEGIK JABATAN