Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Perutusan Pengarah

Latar Belakang

Wawasan, Misi & Objektif

Fungsi Jabatan

Powered By: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka yang dilancarkan pada 30 September 2001 sempena Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke 31, Peringkat Kebangsaan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. serta dengan izinnya maka Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dapat dibangunkan dengan isi kandungan yang informatif berdasarkan kepada pencapaian dan kemajuan yang dicapai oleh jabatan ini.Saya berharap laman ini dapat meningkatkan pengetahuan para pengunjung laman ini dalam bidang perhutanan di Negeri Melaka.

Di samping itu ia dapat membantu anda untuk mengenali hutan-hutan rekreasi yang terdapat di negeri ini serta kemudahan yang disediakan. Namun begitu, untuk menikmati suasana sebenar hutan-hutan rekreasi tersebut, anda haruslah berkunjung dan memanafaatkannya dengan sebaik mungkin sejajar dengan wawasan jabatan untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropikal secara berkekalan, adalah menjadi tanggungjawab jabatan ini bagi memastikan Hutan-Hutan Simpanan Kekal terus wujud.

Jabatan Perhutanan Negeri Melaka terlibat secara langsung dalam mempromosikan produk eko-pelancongan sejajar dengan wawasan kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju 2010. Projek Pembangunan Sumber Hutan di negeri ini mensasarkan jabatan kepada projek pembangunan keceriaan hutan-hutan rekreasi. Hutan-Hutan Rekreasi lain selain daripada Hutan Rekreai Ayer Keroh yang terdapat di Negeri Melaka adalah Hutan Taman Negeri, Hutan Rekreasi Sungai Udang, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah dan Hutan Rekreasi Paya Laut Kuala Linggi yang masih dalam perancangan untuk dimajukan setanding dengan kemudahan yang terdapat di hutan Rekreasi Ayer Keroh. Jabatan berusaha untuk melaksanakan projek tersebut selaras dengan Dasar Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

Sektor Perhutanan Negeri Melaka merupakan penyumbang utama dalam aspek eko-pelancongan. Hutan Rekreasi di negeri ini semakin mendapat perhatian meluas daripada semua lapisan masyarakat sama ada dari dalam negara sendiri mahupun luar negara. Keluasan kawasan sumber hutan yang ada akan terus dipertahankan dan dikekalkan supaya faedahnya akan terus dinikmati oleh generasi hari ini dan akan datang. Peranan dan fungsi jabatan akan terus berkembang luas di negeri ini dengan pembukaan lebih banyak lagi pusat-pusat rekreasi hutan di negara ini.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia kerana turut bekerjasama membangunkan laman web rasmi ini. Jabatan Perhutanan Negeri Melaka sentiasa mengalu-alukan pandangan dan komen positif anda semua demi mempertingkatkan tahap pembangunan sektor perhutanan. Selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.

 SEKIAN, TERIMA KASIH.

Perutusan Pengarah

Latar Belakang

Pejabat Hutan Daerah Melaka telah ditadbir secara bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Darul Khusus sejak pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1948 sehingga masa kini. Sejak tahun 1948 Pejabat Hutan Daerah Melaka terletak di Daerah Jasin dan pada Mei, 2000 Pejabat Hutan ini telah berpindah ke Ayer Keroh dan ditukar nama kepada Pejabat Hutan Negeri Melaka.

Sebanyak 53 jawatan telah diluluskan untuk Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Walau bagaimanapun sehingga 31 Disember, 2001 hanya 40 jawatan yang diisi. Jumlah ini melibatkan Kategori Separa Iktisas, perkeranian dan kakitangan berpakaian seragam serta pemandu. Pada tahun 2008 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tidak lagi terbabit dengan tadbir urus Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Sehingga kini Jabatan Perhutanan Negeri Melaka mempunyai sebanyak 58 perjawatan dalam pelbagai kategori perkhidmatan. Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Melaka terbahagi kepada 4 unit iaitu :-

1.Pentadbiran dan Kewangan

2.Renj Melaka Tengah

3.Renj Jasin

4.Renj Alor Gajah

 

 

Latar Belakang

Wawasan, Misi & Objektif

 Wawasan

Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

•  Misi

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

•  Objektif

1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.

2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.

3.  Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.

4.  Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan; air dan tanah; dan penggunaannya secara berkekalan.

5.  Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.

6.  Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.

7.  Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.

8.  Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan

 

Wawasan, Misi & Objektif