Bukit Gapis merupakan puncak tertinggi di Melaka yang terletak di dalam Hutan Simpan Batang Melaka, Jasin, Melaka. Aktiviti pendakian di Bukit Gapis Gunung Melaka ini telah menjadi satu (1) daya tarikan baharu destinasi eko-pelancongan bagi peminat aktiviti lasak. Dalam Program KePUNCAK Bersama YB Along, ADUN Asahan kira-kira 60 orang peserta terdiri daripada penduduk jati kampung telah diadakan pada 20 Februari 2022 dan telah membincangkan pelbagai perancangan di kawasan berkenaan. Pendakian ke puncak mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan sejauh lebih kurang 3km namum pelbagai rintangan perlu ditempuhi sebelum tiba di puncak setinggi 486m asl.