Mesyuarat Memuktamadkan Draf Laporan Inventori Hutan Paya Laut

  • Posted by: admin

Ayer keroh, 6 Februari 2017 –. Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Hutan Paya Laut telah diadakan selama satu (1) hari bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Perhutanan Negeri Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Hj. Nor Akhirrudin B. Mahmud, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Pehutanan Negeri Semenanjung Malaysia serta urusetia dari Bahagian Pengurusan Hutan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Tujuan mesyuarat diadakan ialah bagi menyediakan, menyemak dan memuktamadkan Draf Laporan Inventori Hutan Paya Laut bersama setiap Panel Tetap yang telah dilantik. Program diteruskan dengan lawatan Dato’ Hj. Nor Akhirrudin B. Mahmud, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia ke sekitar Pejabat Perhutanan Negeri Melaka, Ayer Keroh dan diakhiri dengan penanaman pokok. Sebanyak sepuluh (10) pokok yang terdiri dari pokok Merawan siput jantan (Hopea odorata), Tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan Resak (Vatica abdulrahmaniana) telah ditanam semasa program tersebut diadakan.

Author: admin

Leave a Reply