Program Mangarove Our Responsibility (MOR) Fasa 2 Di Bawah Projek National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS) Oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Bersama Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Melaka

  • Posted by: admin

Telok Mas, 22 April  2017 – Program Mangorove Our Responsibility (MOR) Fasa 2 Di Bawah Projek National Blue Ocean Strategy 4 (NBOStelah diadakan di Perkarangan Restoran Terapung Ikan Bakar Telok Mas, Melaka. Program ini dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Program ini dirasmikan oleh  YB. Datuk Wira Latiff Bin Datuk Hj. Tamby Chik, Exco Komunikasi Dan Koperasi merangkap Adun Telok Mas. Program ini  disertai oleh sekolah-sekolah sekitar melaka dan beberapa institusi pengajian tinggi, Jawatankuasa Kecil Kampung (JKK), persatuan nelayan dan Mini RTC . Tujuan program ini diadakan ialah bagi menyahut saranan Projek National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS) dalam aktiviti penanaman pokok. Seramai seratus (100) peserta telah terlibat sepanjang program ini berlangsung dan telah menanam sebanyak lima ratus (500) pokok Bakau kurap (Rhizophora mucronata).

Author: admin