JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA > galeri 2016 > PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA PELAJAR YAYASAN SAAD ANJURAN AXIATA DENGAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG SERI MINYAK DAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA PELAJAR YAYASAN SAAD ANJURAN AXIATA DENGAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG SERI MINYAK DAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA

  • Posted by: admin

Kg. Seri Minyak , 10 November 2016 – Program Penanaman Pokok Bakau Bersama Pelajar Yayasan Saad Anjuran Syarikat telekomunikasi Axiata  Group Berhad (Axiata) dengan Kerjasama JKKK Kampung Seri Minyak dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah diadakan di KM 15, Anjung Batu, Kg. Seri Minyak, Umbai, Merlimau Melaka. Program ini disertai oleh sembilan puluh tujuh (97) orang pelajar Tingkatan 4, Kolej Yayasan Saad, tiga puluh (30) orang penduduk kampung dan dua puluh (20) orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Program ini dirasmikan oleh Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka , Datuk Hasan Abd. Rahman dan dihadiri oleh dif-dif terhormat Negeri Melaka.. Objektif program ini ialah meneroka strategi bagi membangunkan komuniti lestrai melalui pemuliharaan biodiverisiti, membina sahsiah diri dan sikap sukarelawan dalam masyarakat dan menganalisi kepentingan, ancaman dan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi oleh komuniti. Acara program ini tertumpu kepada penanaman sebanyak 1500 pokok Bakau Minyak oleh para peserta di dua lokasi iaitu jalan masuk ke Kg. Seri Minyak dan kawasan penanaman pokok bakau iaitu pesisir jeti Anjung Batu. Aktiviti diteruskan dengan pembersihan kawasan dan pembentangan para pelajar kepada wakil komuniti Kg. Seri Minyak. Secara keseluruhannya melalui program ini para pelajar dapat meneroka potensi diri, meningkatkan kesedaran dalam cabaran-cabaran sosial, dan menguasai kompetensi berkomunikasi, pemikiran secara kreatif, kritis dan kecerdasan emosi

Author: admin