BANDA HILIR, 22 September 2016 – Bengkel Pemurnian Rancangan Pengurusan Hutan 2016-2025 (RPH 2016-2025) bagi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah diadakan di Hotel Holiday Inn selama tiga (3) hari dua (2) malam. Bengkel ini disertai oleh Pengarah Perhutanan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, wakil pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Melaka dan pihak konsultan iaitu UPM Consultancy and Services Sdn. Bhd. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memurnikan penulisan RPH dan mengemaskini maklumat untuk dimuatkan ke dalam RPH tersebut. Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak konsultan yang dilantik dan diteruskan dengan perbincangan bersama bagi mengemaskinikan RPH tersebut. Program ini dijalankan dengan jayanya dan segala maklumat serta penulisan RPH dapat dimurnikan sepanjang berlangsungnya bengkel tersebut