Program Penghijauan Malaysia telah diadakan bersama SME Bank dengan kerjasama MBMB di Sungai Melaka yang disertai seramai 45 orang kakitangan dari SME Bank yang diketuai oleh Datuk Dr Mohammad Hardee Bin Ibrahim, GCCSO SME Bank. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial dan korporat SME Bank di samping menyokong Program Penghijauan Malaysia 2021 -2035.
Pada hari ini sebanyak 50 batang pokok terdiri daripada pokok Kelat Paya, Bunga Tanjung dan Merawan Siput Jantan telah ditanam di sekitar Sungai Melaka.