MAJLIS ANUGERAH PROJEK/PROGRAM TERBAIK NEGERI MELAKA DAN ANUGERAH KAJIAN PENILAIAN OUTCOME PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2021

  • Posted by: admin
Anugerah ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf usaha Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang telah menunjukkan keupayaan dalam berdaya saing dan meningkatkan kompetensi serta kualiti perkhidmatan pelaksanaan projek/ program khususnya di Negeri Melaka. Majlis ini juga dirangka bagi memangkin tahap prestasi Jabatan/ Agensi yang telah menyumbang secara langsung dalam sektor pembangunan untuk memastikan Negeri Melaka terus membangun berdasarkan keperluan semasa.
Penganjuran majlis ini telah dijayakan oleh Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) bersama rakan strategik di peringkat persekutuan yang terlibat adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama kehadiran YB Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Tuan Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah, YB Tuan Ngwe Hee Sem, Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna; dan YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Sebanyak 31 projek yang terdiri 18 Agensi telah menyertai pertandingan Anugerah ini.. Jabatan Perhutanan Negeri Melaka telah memenangi Anugerah Kajian Penilaian Outcome Terbaik bagi Kluster Pelancongan.
Author: admin