RAPTOR WATCH KINI KEMBALI DI TANJUNG TUAN

  • Posted by: admin
Program Raptor Watch 2022 telah diadakan di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka dan berlangsung dari 12 hingga 13 Mac 2022. Program telah dirasmikan oleh YB Exco Pelancongan, Warisan & Budaya Melaka turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Persatuan Pencinta Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah serta agensi lain.
Author: admin