JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA > aktiviti > TANJUNG TUAN : PROGRAM MEMERHATI BURUNG PEMANGSA ATAU RAPTOR WATCH

TANJUNG TUAN : PROGRAM MEMERHATI BURUNG PEMANGSA ATAU RAPTOR WATCH

  • Posted by: admin
Program Memerhati Burung Pemangsa atau Raptor Watch telah diadakan di Taman Eko Rimba Tanjung Tuan yang merupakan anjuran bersama PERHILITAN, Jabatan Laut Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penganjuran kali ke-25 pada tahun ini, pengunjung boleh melawat booth pameran yang disediakan sepanjang trek. Selain dari memerhati burung, terdapat pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti Forests Walks, Marine Walks, pertandingan melukis dan mencari harta karun. Selepas itu peserta turut menanam pokok bakau kurap sebanyak 10 000 batang di kawasan tersebut.
Program telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, YB Tuan Haji Rosli Abdullah dan turut diserikan dengan kehadiran Putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al -Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Author: admin