JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA > aktiviti > PULAU BESAR MELAKA: PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT(CSR) ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN KERJA RAYA MELAKA

PULAU BESAR MELAKA: PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT(CSR) ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN KERJA RAYA MELAKA

  • Posted by: admin
21 Februari 2023 – Pulau Besar Melaka
Telah berlangsung Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Melaka di Pulau Besar, Melaka.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutama kawasan Hutan Paya Bakau.
Sebanyak 10 batang pokok telah ditanam daripada spesies Bakau Kurap ( Rhizophora mucronata)
Selain daripada penanaman pokok, aktiviti berbasikal mengelilingi Pulau Besar telah dilaksanakan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga perlaksanaan program ini dapat memupuk semangat semua peserta dan orang ramai dalam memperkasakan pemeliharaan alam sekitar.
Author: admin