PROGRAM RAKAN BUMI: TANAM POKOK PERINGKAT NEGERI MELAKA
10 November 2023 (Jumaat) – Program Rakan Bumi: Tanam Pokok peringkat negeri Melaka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama lain-lain agensi termasuk Jabatan Perhutanan telah diadakan pada 10 November 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program ini juga adalah bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan penanaman pelbagai species pokok yang turut disumbangkan oleh JPNM. Encik Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka turut hadir bagi menyokong Program tersebut.