JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA > aktiviti > LAWATAN KERJA TSUK MELAKA KE TAMAN EKO-RIMBA TANJUNG TUAN

LAWATAN KERJA TSUK MELAKA KE TAMAN EKO-RIMBA TANJUNG TUAN

  • Posted by: admin
LAWATAN KERJA TSUK MELAKA KE TAMAN EKO-RIMBA TANJUNG TUAN
8 November 2023 (Rabu) – JPNM telah menerima satu lawatan kerja bagi meninjau projek-projek pembangunan di bawah peruntukan pembangunan negeri (P16) tahun 2023 iaitu Projek Membina 1 Unit Deck (Pelantar) / Pintu Gerbang Ke Trek Pendakian dan Kerja-kerja Berkaitan Di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan.
Lawatan tapak ini diketuai oleh YBhg. Datuk Md. Azhan bin Samat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Turut serta dalam lawatan tersebut adalah En. Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka.
Projek ini merupakan salah satu usaha JPNM untuk menyediakan daya tarikan baharu buat pengunjung untuk menikmati keindahan alam semulajadi di TER Tanjung Tuan selari dengan Tahun Melawat Melaka 2024.
Lain -lain agensi yang hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Ir. Ismail Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka; Tuan Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Pejabat Pemantauan Dan Pelaksanaan Negeri (MIMO) dan Ir. Mohd Haidir bin Haron, Jurutera Daerah Alor Gajah.

LAWATAN KERJA TSUK MELAKA KE TAMAN EKO-RIMBA TANJUNG TUAN

LAWATAN KERJA TSUK MELAKA KE TAMAN EKO-RIMBA TANJUNG TUAN 2

Author: admin

Leave a Reply