RAPTOR WATCH 2024

  • Posted by: admin
TANJUNG TUAN, 9 Mac 2024 – Sedang berlangsung Program Memerhati Burung Pemangsa atau Raptor Watch 2024 kali ke – 26 bermula 9 hingga 10 Mac 2024 di Taman Eko – Rimba, Tanjung Tuan Melaka.
Majlis Perasmian Raptor Watch 2024 telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi. Majlis turut dihadiri Tuan Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, En Sa’ari Bin Basiron, Pengurus Besar, Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Dato Fakhrul Hatta bin Musa Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan En Petra bin Sulai, Pengarah Perhilitan Melaka.
Simbolik gimik perasmian adalah pelepasan (Flag Off) Raptor Race 2024 yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi. Sebagai simbolik Raptor Watch 2024, turut ditanam pokok Geronggang Derum (Cratoxylum cochinchinense).
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti Forest Walks, Marine Walks, Raptor Race, Pertandingan Melukis, pameran agensi/jabatan dan juga penanaman 200 batang pokok hutan di sekitar Trek Pantai Keramat.

RAPTOR WATCH 2024 2

RAPTOR WATCH 2024 3

Author: admin

Leave a Reply