Ayer Keroh, 20 September 2024 – Satu lawatan kerja oleh Datuk Md Azhan bin Samat @ Limat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) ke Monumen Bendera Gergasi Bukit Beruang (Puncak Laksamana) telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa Puncak Laksamana bersama Pengarah Perhutanan Negeri Melaka.
Turut hadir Datin Sapiah Binti Haron,YDP MPHTJ, Ir. Rijal Nazli bin Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa (Bangunan), Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, dan Encik Mahathir bin Mustafa, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Kerajaan Tempatan (UKT).