MAJLIS PERASMIAN PUNCAK LAKSAMANA BUKIT BERUANG

  • Posted by: admin
Bukit Beruang, 1 November 2024 – Telah berlangsung Majlis Perasmian Puncak Laksamana Bukit Beruang yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dengan gimik pelancaran iaitu tandatangan plak perasmian dan acara melepaskan kira-kira 1,000 ekor rama-rama.
YAB Datuk Seri Utama Ketua Menteri Melaka telah menanam pokok Merbau sempena majlis perasmian Puncak Laksamana yang terletak di dalam kawasan HS Bukit Beruang. Puncak Laksamana merupakan monumen tiang bendera berketinggian 65 meter.
Majlis perasmian ini turut dihadiri YB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka Ke-12; YB Dato’ Azhar Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-Ahli Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datin Sapiah Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); YBhg. Ir. Mohamad Salzeli Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Tuan Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka dan barisan Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta Persekutuan.
MAJLIS PERASMIAN PUNCAK LAKSAMANA BUKIT BERUANG
MAJLIS PERASMIAN PUNCAK LAKSAMANA BUKIT BERUANG
Author: admin

Leave a Reply