Tanjung Tuan, 23 Januari 2025 – Telah berlangsung Program Penghijauan Malaysia: Jalinan Kerjasama JPN Melaka Dan JPN Terengganu bertempat di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka.
Delegasi JPN Terengganu telah disambut oleh En. Mohd Shahril Nizam bin Mat Ali, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Melaka dan pokok Meranti Rambai Daun (Rubroshorea acuminata) telah ditanam oleh Dato’ Norhaidi bin Yunus, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu sebagai simbolik perasmian program tersebut. Turut diadakan aktiviti hiking ke Bukit Batu Putih dan pelantar kaca ViewPoint@Tg Tuan.