Ayer Keroh, 24 Januari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baru Pengarah Perhutanan Negeri Melaka Bil. 1/2025 telah berlangsung di Auditorium Perhutanan, JPNM.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘NegaraKu’, ‘Melaka Maju Jaya’, ‘Warisan Hijau’ dan ‘Lagu Perkhidmatan Awam’. Seterusnya Bacaan Doa yang dipimpin oleh En. Mohd Azlan. Bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Perkhidmatan Awam telah dipimpin oleh En. Zulkhairi, Penolong Pemelihara Hutan Daerah Melaka Tengah.
Amanat tahun baru 2025 telah disampaikan oleh Encik Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka yang meliputi imbasan pencapaian sepanjang tahun 2024 dan perancangan bagi tahun 2025. Selain itu, warga JPNM turut menandatangani Aku Janji Pengurusan Hutan Secara Berkekalan. Turut diadakan Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan JPNM iaitu En Baharudin bin Salleh, Pengawas Hutan G1.