7 Februari 2025, Melaka – Telah berlangsung Majlis Anugerah Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusof di Hotel Hatten.
Turut hadir YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ; YB Datuk Hj. Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan YB Datuk Wira Salhah binti Salleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka.