SOALAN LAZIM

1) Apakah itu Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka?

Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.


2)  Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka?

Seluruh dunia boleh melayari Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Melaka dan menggunakan maklumat tersebut.


3) Sekiranya terdapat pembalakan haram di sekitar kami, siapakah yang kami patut hubungi?

Jika terdapat kes pembalakan haram anda boleh hubungi Unit Penguatkuasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776.


4) Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Melaka tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian kaki setiap halaman laman web ini.


5) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Melaka?

Permohonan permit memasuki HSK mestilah diperoleh sebelum aktiviti memasuki HSK tersebut dilakukan. Sila kenalpasti daerah HSK tersebut dan hubungi Pegawai Hutan Daerah berkaitan bagi tujuan permohonan permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM5 per individu. 


6) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Perhutanan Melaka?

Anda boleh hubungi melalui Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, 75450, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
Tel    : +06 – 231 6095
Faks : +06 – 232 2867