Visi
‟Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan”
Misi
‟Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara”
Objektif
- Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
- Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
- Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
- Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan; air dan tanah; dan penggunaannya secara berkekalan.
- Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilaitambah yang tinggi.
- Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
- Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat
- Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.