FUNGSI JABATAN

Fungsi Jabatan Perhutanan Negeri adalah untuk :-

  • Menasihat Pihak Berkuasa Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk penghasilan pendapatan yang maksimum
  • Menguruskan Hutan Simpanan Kekal dengan sempurna sejajar dengan konsep pengurusan hutan secara berkekalan
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan, memulihara dan menghutan semula melalui amalan silvikultur yang sempurna supaya dapat mengeluarkan hasil hutan yang tinggi dari kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal
  • Mengawal dan menyelaras perlesenan semua jenis industri berasaskan kayu;
  • Melaksanakan dasar-dasar dari penguatkuasaan undang-undang perhutanan

Pejabat Hutan Daerah

‟Jabatan Perhutanan Negeri Melaka disokong oleh tiga (3) Pejabat Hutan Daerah (PHD) iaitu PHD Melaka Tengah, PHD Jasin dan PHD Alor Gajah yang bertanggungjawab dalam pentadbiran, pembangunan hutan, kawalan pengusahasilan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang hutan di peringkat daerah”.