ORGANISASI

Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Melaka diketuai oleh Pengarah Perhutanan Negeri Melaka dan terletak di Ayer Keroh, Melaka. Pentadbiran Negeri terbahagi kepada

Jadual 1 : Pentadbiran hutan peringkat daerah

RENJ HUTANDAERAH SIVIL
MELAKA TENGAH MELAKA TENGAH
JASINJASIN
ALOR GAJAHALOR GAJAH

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Mengurus pentadbiran harian hal ehwal perjawatan, perkhidmatan dan pelbagai urusan pentadbiran.
  2. Menyelenggara akaun kewangan peruntukan mengurus dan pembangunan serta melaksanakan audit dalaman.
  3. Mengurus pelbagai bayaran (tender, sebutharga dan inden) gaji, tuntutan-tuntutan lain.
  4.  Menyelenggara Akaun Pungutan Hasil KWPH dan akaun-akaun lain.
  5. Mengendalikan akaun lessen dan auditan dalaman.
  6.  Mengurus dan mengendalikan pelbagai mesyuarat dan perbincangan.
  7. Mengurus dan mengendalikan lawatan, kunjungan, jemputan, sambutan dan majlis keraian yang lain.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN HUTAN

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber hutan, kajian ekonomi perhutanan, pembangunan eko-pelancongan dan pemeliharaan serta pemuliharaan sumber hutan.

BAHAGIAN OPERASI HUTAN

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang, menyelia aktiviti pegusahasilan hutan. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaras dan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri dan lain-lain jabatan, badan berkanun dan agensi berkaitan.

UNIT OPERASI DAN PENGUATKUASAAN

  1. Menguatkuasakan undang-undang hutan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 serta kaedah-kaedah di bawahnya.
  2. Menyediakan dokumen-dokumen siasatan dan menjalankan pendakwaan ke atas kes kesalahan hutan.
  3. Menyemak aktiviti-aktiviti pengusahasilan mengikut syarat-syarat lesen dan mematuhi keperluan piawaian.
  4. Menjalankan penguatkuasaan ke atas industri-industri berasas kayu.
  5. Menjalankan rondaan, sekatan jalan raya dan serbuan bagi memastikan segala urusan pengusahasilan dan perindustrian dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  6. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengembangan perhutanan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perhutanan.
  7. Menyelaras latihan dengan institusi dan agensi latihan lain dalam menyedia dan melaksana program latihan perhutanan yang lengkap dan komprehensif.

PEJABAT RENJ HUTAN

Pentadbiran Hutan di peringkat renj diketuai oleh Renjer Hutan dan dibantu oleh Pegawai Berpakaian Seragam lantikan Negeri dari Kumpulan Sokongan II. Secara amnya pentadbiran dan pengurusan di peringkat renj adalah bertanggungjawab kepada aspek-aspek berikut:

  • Mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang diperuntukan.
  • Melaksanakan aktiviti operasi hutan, pengurusan dan pembangunan hutan.
  • Melaksanakan dan memantau pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu.
  • Mengumpul dan mengemukakan maklumat dan data perhutanan.
  • Mengawal aktiviti pengusahasilan hutan dan kutipan hasil.
  •  Bekerjasama dengan agensi-agensi lain di peringkat daerah-daerah sivil di dalam menangani isu-isu semasa dan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan perhutanan serta lain-lain dasar dan keputusan Kerajaan Negeri.