Wawasan, Misi & Dasar MC&I

WAWASAN
Untuk menjadi agensi terunggul dalam pengurusan Hutan Tropika secara berkekalan.
MISI
Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio – ekonomi negara.
DASAR KUALITI
  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.
  • Jabatan Perhutanan Negeri Melaka akan mengenalpasti dari masa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambah baikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti di Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.
  • Semua ketua unit akan memantau dan mengkaji pretasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA
Adalah menjadi dasar jabatan perhutanan negeri melaka dan pejabat-pejabat renj untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua warga kerja jabatan dan pelanggan jabatan yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan warga kerja jabatan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melaui rundingan dan kerjasama khususnya:

  • Untuk memastikan semua warga kerja jabatan adalah diberikan maklumat, arahan,latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
  • Untuk merekod semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah agar kejadian tersebut tidak berulang lagi;
  • Untuk mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994, peraturan dan tata amalan yang diluluskan;
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas dari aspek keselamatan dan kesihatan kepada semua pekerja;
  • Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja yang selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan tercapai.

Untuk memastikan objektif di atas tercapai, satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang dirancang.

 

DASAR PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DALAM PENGURUSAN HUTAN
Jabatan Perhutanan Negeri Melaka Adalah komited untuk menggunakan kaedah mesra alam berkaitan dengan penggunaan bahan kimia dalam amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

Penggunaan bahan kimia dengan amalan pengurusan hutan adalah terhad kepada racun dan baja. Penggunaan racun hanyalah untuk kawalan serangga perosak dan rumpai dengan menggunakan racun dari kategori kelas III dan IV sahaja, manakala penggunaan baja organik adalah digalakkan untuk membantu pertumbuhan anak benih dan pokok.

 

DASAR KITAR SEMULA
Jabatan Perhutanan Negeri Melaka mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain. Amalan kitar semula seperti di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan negara kita. Semua pemegang lesen dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah diminta untuk memenuhi dasar ini sebaik mungkin.

Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka bagi melihat sama ada pemegang lesen mematuhi dasar dan arahan Jabatan ini sebaik mungkin. Pemegang lesen yang gagal untuk melaksanakan Dasar Kitar Semula akan disenarai hitamkan dari sebarang perlesenan pada masa hadapan.