JABATAN PERHUTANAN NEGERI MELAKA > aktiviti > PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DI DUN KUALA LINGGI

PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DI DUN KUALA LINGGI

  • Posted by: admin
10 Januari 2025, Linggi – Bersempena dengan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di DUN Kuala Linggi, pada 10 Januari 2024, YB Datuk Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama YB Tuan Low Chee Leong, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi, En. Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Perhutanan Negeri Melaka, En. Rozli Azizi bin Talib , Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan En. Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah telah menyantuni seorang pengusaha kilang gaharu di Nusa Dusun yang diusahakan oleh Syarikat Biobenua Teknologi Sdn. Bhd.
Kilang gaharu yang diusahakan oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Haji Ali ini telah memproses kayu karas bagi penghasilan minyak gaharu dan pelbagai produk hiliran seperti minyak wangi, sabun, aroma terapi dan bakhoor dengan jenama AI Linggi Qud. Kilang ini berpotensi untuk menjadi lokasi produk ekopelancongan baharu di DUN Kuala Linggi.
PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DI DUN KUALA LINGGI 2
PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DI DUN KUALA LINGGI 3
Author: admin

Leave a Reply